perjuanganku belum lagi selesai

Jul 14, 2008

Apakah Artikel ini benar?

Den sejak problem yang pelbagai dikeluarkan, bertambah poning den.. jumpa macam2..

So seiapa yang terlalu kat blog den ni koment la sket kot2 ada fakta baru ker..

Memang menarik baca artikel Panthera Leo Persica , mungkin ada benar sebab terasakan dia begitu dekat dengan Hamba Allah yang sorang ni..

Memang seekor MUSANG! Telahan awal yang dibuat oleh saya dan rakan-rakan lain tidak salah dan sama sekali BENAR. Kehadirannya di tengah-tengah bahang kempen pilihanraya umum ke-12 Mac lalu, memang memusykilkan saya dan teman-teman, yang mengenali siapa dia Saiful Bukhari. Posting seorang teman blogger dan juga sekampus, Najwan mengenai musang ini memang menepati ramalan. Musang ini akan membawa kemusnahan. Tetapi dalam kes ini, musang ini tidak hanya menggali kubur mangsanya tetapi kuburnya sekali.

Dia mendakwa diliwat oleh seorang pemimpin kanan parti pembangkang. Yang saya pasti, profil pemimpin ini pasti diketahui umum. tetapi bagaimana dengan profil si pendakwa tersebut? Saya pernah berjanji kepada diri untuk tidak mengaitkan diri dengan sebarang perbalahan anak muda yang menjadi lumrah dunia politik. tetapi hari ini, saya akan dedahkan “era kegemilangan” yang pernah dicipta Saiful Bukhari suatu masa dahulu.

Saiful Bukhari mungkin tidak perlu diperkenalkan lagi kepada pelajar-pelajar Uniten. Memulakan rentak seorang pemimpin sewaktu dipilih sebagai Ketua Pengarah Program Bakti Siswa Kemerdekaan 2006 ternyata memang menjulang nama beliau. Walaubagaimanapun tidak ramai yang tahu hakikat sebenar. Tentang ketelusan, kejujuran, dan sikap tanggungjawabnya sebelum, semasa dan selepas tamat program. Hampir dua tahun berlalu, tetapi saya masih jelas dengan semua cerita.

Tidak cukup dengan portfolio Ketua Pengarah Program yang hanya dianjurkan setahun sekali, Saiful kemudiannya merancang untuk tampak lebih berkaliber, lebih berkuasa. Dia kemudiannya bertanding di dalam pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2006/2007. Dengan bilangan undi yang tidak boleh dibanggakan, beliau berjaya. Beliau dikatakan mempengaruhi beberapa ahli perwakilan lain untuk mengundi beliau sebagai Presiden (baca:PRESIDEN). Namun demikian, rezekinya sudah ditentukan untuk hanya menjadi Timbalan Presiden. Dia akhirnya terbang ke Filipina untuk menghadiri sebuah seminar anjuran Kementerian Pengajian Tinggi. Pelik tetapi benar. Seharusnya yang terbang adalah Presiden bukan Timbalan Presiden. Mungkinkah Saiful menggunakan aksesnya sebagai Pemuda UMNO atau agen orang kenamaan untuk melayakkan diri untuk mewakili seluruh institusi pengajian swasta? Dan episod kegemilangannya bermula setelah dia kembali ke tanah air.

Seperti seekor musang yang tidak pernah bersyukur dengan rezekinya, begitulah juga Saiful Bukhari. Portfolio sebagai Timbalan Presiden nyata tidak memberi kepuasan kepadanya untuk menjadi orang yang paling berkuasa. Entah di mana silapnya, Saiful tidak mempedulikan sama sekali tugas dan tanggungjawabnya sebagai wakil suara mahasiswa UNITEN. Jangankan tugas sebagai pemimpin, malah tugas sebagai mahasiswa juga diabaikan. Tetapi dalam pada masa yang sama, saya dimaklumkan oleh teman dari IPTA lain bahawa mereka kerap bertemu dengan Saiful, menghadiri beberapa perjumpaan pemimpin Institusi Pengajian Tinggi. Saya terkejut pada mulanya. Bagaimana anda boleh menghadiri perjumpaan yang membincangkan tentang nasib dan masa depan mahasiswa seluruh Malaysia sedangkan anda mengabaikan tugas utama anda, iaitu menjaga kebajikan mahasiswa Universiti Tenaga Nasional? Bertambah kekok apabila mendengar Saiful Bukhari ini memperkenalkan dirinya sebagai Presiden @ Yang diPertua (YDP) Universiti Tenaga Nasional. Bukankah ini tanda-tanda awal dia sememangnya gila kuasa?

Saiful Bukhari ini juga dilihat sebagai seorang yang gila publisiti. Dia hanya akan “bertanggungjawab” sekiranya program tersebut mendapat liputan media, akhbar dan orang kenamaan. Oleh sebab itu, beliau hanya memilih untuk menjadi Penasihat program. Untung kerana tidak perlu bekerja keras memikirkan flow program, penyediaan kertas kerja dan pelaksanaan program. Yang dia tahu cumalah - pasti dia akan ditemuramah dan namanya pasti terpampang di dada akhbar. Dan hari ini saya kira, cita-citanya untuk menjadi seorang “star” sudah tercapai. Kemusykilan saya semakin berganda apabila ditengah-tengah kempen PRU 12 yang lalu, dia berjaya menempelkan diri di setiap roadshow ceramah DSAI. Bagaimana tidak musykil, sedangkan beberapa hari sebelum itu, dia menghulurkan pelawaan kepada saya di laman Friendster, untuk bersama-samanya mengundi Barisan Nasional! Mungkin dia tidak tahu bahawa prinsip dan pendirian saya tidak serapuh dia. Alasannya hanyalah sekadar membantu seorang teman menguruskan hal-hal berkaitan di Pejabat DSAI langsung tidak masuk akal. Peralihan parti politik Saiful Bukhari ketika itu hanya mengundang bahana. Siapa tidak kenal Saiful Bukhari? Pendusta yang bermuka-muka.

Dia tampil menjawab dengan menyatakan bahawa dia bakal melanjutkan pelajaran di sebuah akademi penerbangan. Satu persoalan, atas pembiayaan siapa? Mungkinkah kerana ingin menyelamatkan sang ketua, maruah sendiri sanggup dilapah. itulah harga kesetiaan yang perlu dibayar Saiful Bukhari. Menyelitkan diri di kawasan musuh dan akhirnya leher sendiri yang ditetak. Saya amat bersimpati jika inilah yang dicari-cari oleh manusia bernama Saiful Bukhari selama ini.

Kebimbangan kami nyata berasas. Saiful Bukhari telah mengeluarkan taringnya di saat-saat DSAI mula meletakkan kepercayaan ke atas dirinya. Saya mengakui kepintaran bermain yang dimiliki Saiful Bukhari, tetapi saya juga ingin ingatkan, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya pasti akan tersungkur ke tanah. Buat Saiful Bukhari (jika anda membaca kenyataan saya ini), well done. Takziah juga buat keluarganya, adik perempuannya, dan alfatihah buat allahyarhamah bondanya.
Pautan lain:

Penafian DSAILaporan polis terhadap Anwar atas dakwaan liwatPKR: Nyawa Anwar dalam bahaya

Nota: Saya bertanggungjawab di atas setiap kenyataan dan ulasan saya mengenai Saiful Bukhari. Daripada dituduh pengecut dan tidak mampu membenarkan kebenaran dizahirkan, saya mengambil risiko ini. Saya tidak mungkin dapat membuktikan bahawa DSAI tidak melakukan perbuatan tersebut, tetapi sekurang-kurangnya kenyataan saya dan ulasan-ulasan pelajar Uniten lain dapat memberi gambaran awal mengenai siapa Saiful Bukhari ini. Saya tidak terkejut dia mampu bertindak sampai ke tahap ini. Saya tidak terkejut dengan kisah dia menikam kawan sendiri dari belakang demi mencapai kemahuannya. Malah saya tidak terkejut jika Saiful tampil dengan kenyataan bahawa dia dipergunakan untuk menutup keaiban ketuanya satu hari nanti.

So kawan2 nilai2kan la mungkin bila den jumpa yang opposition lain den post kan lagi...

Jul 9, 2008

MALAYSIA DAN DUNIA YANG TIDAK MENENTU


Tulisan Yg Bhg. Tun Dr Mahathir Muhammad


Maklumat lanjut www.chedet.com


1. Kerajaan Malaysia nampak seolah-olah tidak risau dengan keadaan dunia yang tidak menentu.


2. Kerajaan nampak begitu yakin bahawa ia dapat mengasingkan dan mempertahankan negara daripada apa sahaja kejadian yang berlaku di dunia.


3. Kerajaan nampak yakin yang negara tidak akan merasai apa-apa kesan.


4. Kerajaan hanya bertindak terhadap apa jua situasi yang bangkit berasingan dan satu persatu.


5. Media arus perdana tidak menyentuh kekusutan yang dihadapi dunia. Jauh sekali analisa yang mendalam dibuat. Hanya Malaysian Business pernah bertanya apakah kita bersedia menghadapi kekucaran yang sudah tentu akan membawa kerosakan dan masalah kepada ekonomi, kewangan politik dan kehidupan sosial kita. Yang lain-lain nampaknya tidak sikitpun merasa khuatir. Jelas sekali rakyat tidak disediakan untuk menghadapi apa-apa kemungkinan.


6. Benarlah nasib kita jauh lebih baik berbanding banyak lagi negara lain. Apabila kos meningkat dan eksport barang buatan merosot, komoditi kita menyelamatkan kita. Pendapatan daripada eksport daripada petroliam dan gas, minyak kelapa sawit, getah dan timah telah jauh meningkat.


7. Kenaikan harga petrol dan barangan telah membawa kesan kepada kehidupan kita dan taraf hidup kita.


8. Kita keluarkan lebih kurang 650,000 tong (minyak mentah) sehari, menggunapakai 400,000 dan eksport lebih kurang 250,000 tong. Dulu kita menjual pada kadar 30 Dollar Amerika satu tong; hari ini kita memperoleh 140 Dollar Amerika, hampir semuanya keuntungan. Cubalah kira perolehan daripada 250,000 tong sehari untuk setahun.


9. Selain itu kita juga keluarkan gas bersamaan 900,000 tong yang kebanyakannya di eksport. Tak perlu kita ambil kira minyak yang dikeluarkan di Sudan dan lain-lain tempat yang dijual pada kadar lebih 100 Dollar Amerika.


10. Tetapi kita juga memperoleh pulangan yang lebih banyak daripada minyak kelapa sawit. Dulu kos pengeluaran RM600 setiap tan. Mungkin ianya telah naik sedikit. Tetapi satu tan minyak kelapa sawit dulu dijual dengan harga RM800. Sekarang ianya dijual lebih RM3,000. Sudah tentu syarikat-syarikat perladangan membuat duit yang banyak. Mereka ketawa besar meluru ke bank.


11. Tetapi harga getah dan bijih timah juga telah naik mendadak.


12. Bagi Kerajaan ianya bermakna kenaikan pendapatan cukai yang tinggi. Keuntungan daripada petroleum adalah 100% hak Kerajaan. Pada tahun 2006 apabila harga minyak sekitar 70 Dollar Amerika keuntungan sebelum cukai Petronas berjumlah 60 billion Ringgit.


13. Walaupun cukai pendapatan korporat syarikat pembuatan adalah minimal, pendapatan cukai korporat daripada syarikat-syarikat pengeluar dan pengeksport minyak kelapa sawit, getah dan timah amat tinggi. Jika kita lihat keuntungan syarikat-syarikat hari ini, banyak yang mencatat lebih satu bilion setahun, sesetengah mencecah lebih tiga bilion.


14. Oleh itu Kerajaan seharusnya mempunyai banyak wang. Tetapi syarikat-syarikat yang tidak terlibat dalam pengeluaran bahan mentah tidak mungkin begitu berjaya. Bahan mentah yang diimport termasuk minyak dan komponen kesemuanya mengalami peningkatan harga. Mereka terpaksa menaikkan harga export serta harga dalam negeri tetapi keuntungan mungkin kurang.


15. Syarikat-syarikat pembinaan terpaksa berkongsi hanya beberapa kontrak di antara mereka. Projek-projek besar Kerajaan tidak berjalan. Sub-kontraktor dan pembekal bahan binaan juga tidak begitu maju.


16. Syarikat-syarikat pembinaan yang besar telah berhijrah ke luar negara. Sesetengahnya berjaya tetapi mereka tidak boleh membantu sub-kontraktor Malaysia kerana sub-kontraktor tempatan lebih layak mendapat kontrak.


17. Pelabur Malaysia juga tidak melabur dalam negara. Mereka punyai pilihan baik untuk mengaut untung dengan melabur di negara-negara seperti China dan Vietnam. Mereka akan bayar cukai di negara-negara ini.


18. Sementara itu dunia sedang berhadapan kelembapan ekonomi dan kewangan. Ianya bermula dengan penyusutan nilai Dollar Amerika. Saya tidak tahu berapa banyak bon Dollar Amerika yang dipegang Malaysia. Saya ingat yang saya telah memberitahu Gabenor Bank Negara supaya dikurangkan pegangan Dolar Amerika sebelum saya bersara. Saya harap dianya telah berbuat demikian. Jika tidak kita akan kerugian 80 sen Malaysia untuk setiap satu Dollar Amerika yang kita pegang. Dan apabila kita pegang 30 atau 40 billion Dollar Amerika kerugian boleh jadi agak besar.


19. Kita mungkin akan dapat keuntungan daripada pegangan matawang lain yang telah meningkat berbanding Ringgit.


20. Dollar Amerika akan susut lagi disebabkan tindakan dan permainan wang yang tidak sihat. Pinjaman sub-prima dulu dianggap menguntungkan tetapi sekarang ini penjualan kertas pinjaman sudah jatuh. Kertas pinjaman yang biasanya dibeli institusi-institusi kini tidak lagi berharga kerana tidak ada pihak yang ingin beli. Dan peminjam tidak dapat bayar kerana mereka tidak ada duit.


21. Amerika Syarikat yang dahulunya mengutuk kita kerana menyelamatkan syarikat-syarikat kita sekarang ini membenarkan "bail-out" secara besar-besaran oleh Institusi dan Bank Simpanan Persekutuan yang melibatkan jumlah di antara US200 bilion hingga US400 billion.


22. Penjualan Bear Stearns menakjubkan, tetapi bank-bank lain juga tidak punyai prestasi yang baik. Mereka akan terpaksa jual lelong sebagaimana bank-bank di Asia Tenggara terpaksa dijual setelah dibankrapkan penyangak matawang. Meludah ke langit terkena muka sendiri! Seharusnya ini memberi kesan kepada orang kaya dan negara-negara kaya yang bongkak.


23. Masalah kewangan Amerika Syarikat telah melimpah ke Eropah. Mereka juga terlibat dalam pinjaman sub-prima, secara langsung atau tidak langsung.


24. Dolar Amerika akan susut lagi apabila negara-negara lain menjual simpanan Dolar mereka, menolak pembelian bon Dolar Amerika dan menggunakan matawang lain bagi urusan perdagangan. Pengeluar minyak mungkin akan menuntut dibayar dalam matawang mereka sendiri. Ini akan menyebabkan rejim kewangan antarabangsa lumpuh.


25. Dollar Amerika tidak disokong oleh apa-apa. Ia mempunyai nilai hanya kerana ianya digunakan sebagai matawang dagangan. Apabila negara-negara menggunakan matawang lain bagi urusan dagangan dan melepaskan pegangan Dollar Amerika dan diganti dengan Euro atau Yen; apabila Dollar Amerika tidak lagi digunakan sebagai matawang simpanan negara-negara kaya, maka Dolar Amerika tidak akan bernilai sama sekali.


26. Amerika Syarikat kini menghadapi defisit berkembar. Apabila Dollar tidak lagi bernilai Amerika Syarikat akan menghadapi kemelesetan ekonomi. Percetakan berlebihan duit oleh Bank Simpanan Persekutuan (yang tidakpun dimiliki oleh Kerajaan tetapi oleh Bank-bank lain) hanya akan menyebabkan penyusutan nilai serta inflasi di Amerika Syarikat.


27. Amerika Syarikat akan alami kemelesetan ekonomi yang teruk (Saya pasti yang Amerika Syarikat akan lakukan sesuatu yang menyalahi aturan peraturan untuk mengelak daripada ini berlaku). Apapun, kemelesetan ekonomi Amerika Syarikat akan dirasai seluruh dunia.


28. Satu lagi yang tidak pernah berlaku untuk jangkamasa yang amat lama ialah dunia sedang mengalami kekurangan makanan.


29. Saya tidak akan berkata apa-apa tentang dunia kerana semua orang tahu dan saya juga tahu yang saya ini bukanlah pakar ekonomi atau kewangan. Tetapi saya akan cuba teka apa yang akan terjadi kepada Malaysia.


30. Dua puluh empat peratus eksport negara kita adalah ke Amerika Syarikat. Sudah tentu pasaran ini tidak mungkin dapat menerima semua yang kita hendak jual kepada mereka. Kita tidak akan kehilangan semua tetapi kita akan kehilangan jumlah yang agak besar.


31. Ekonomi negara-negara maju juga akan turut alami kemelesetan, mungkin kurang daripada Amerika Syarikat. Tetapi eksport kepada mereka juga akan susut.


32. Dengan sumber kewangan daripada eksport minyak dan pendapatan daripada lain-lain bahan mentah kita telah berjaya mengekalkan subsidi untuk seberapa lama. Tetapi harga bahan api dan barangan lain akan meningkat jauh lebih tinggi daripada peratusan kenaikan harga minyak selepas ditarik balik subsidi. Ini akan menjadi lebih teruk dengan kenaikan harga barang makanan, bijirin, bahan binaan dan pelbagai barangan import lain. Begitu juga dengan harga barangan buatan tempatan yang akan meningkat kerana mengandungi bahan-bahan yang diimport.


33. Tetapi Kerajaan masih lagi bercakap tentang kadar inflasi 5%-7%. Ini tidak membawa apa-apa makna kepada golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana yang terpaksa bayar 40% lebih tinggi untuk minyak dan 100% lebih tinggi untuk beras. Harga lain-lain keperluan juga telah meningkat lebih 5%-7%. Menghentikan kawalan harga kerana percaya yang pasaran akan menentukan harga adalah tidak bijak.


34. Salah satu sebab kenapa kadar inflasi Malaysia kekal rendah berbanding lain-lain negara membangun dan sesetengah negara maju ialah kerana kawalan harga ke atas barangan keperluan. Tanpa kawalan harga akan terdapat pengambilan untung yang berlebihan. Dan pengambilan untung berlebihan akan menyebabkan kadar inflasi naik tinggi.


35. Hari ini mereka yang makan gaji terutamanya terpaksa tanggung beban. Gaji tidak bertambah untuk mengimbang kenaikan kos sara hidup. Mengejar harga barang dengan menaikkan gaji akan menghasilkan peningkatan inflasi yang teruk, tetapi kenaikan yang beransur-ansur untuk mengimbang peningkatan kos akan mengurangkan kesan inflasi ke atas rakyat berpendapatan rendah.


36. Malaysia tidak boleh bertanding di atas landasan harga tenaga kerja yang rendah. Kita tidak boleh bersaing dengan China, Vietnam, Thailand dan Indonesia. Kita mesti sediakan elemen-elemen lain untuk menarik pelabur.


37. Keyakinan dengan polisi Kerajaan yang tidak bertukar-tukar dan kestabilan politik adalah antara faktor yang menarik pelaburan. Ada banyak lagi yang boleh ditawar untuk mengimbang kenaikan kadar gaji. Kita mesti ingat yang banyak negara maju mempunyai kadar gaji yang amat tinggi. Jika kita gandakan gaji dan upah di Malaysia, ianya masih lagi jauh lebih rendah berbanding negara maju.


38. Kita telah merancang untuk menuju ke arah teknologi tinggi untuk meningkatkan pendapatan. Tetapi tidak banyak yang berubah di dalam mengimplimentasikan polisi ini. Malahan kita ingin berbalik kepada negara pertanian. Bercucuk tanam di tepi jalan mungkin akan tingkatkan pengeluaran makanan tetapi tidak akan membantu memerangi inflasi pada kadar yang kita perlukan untuk menangani kecelaruan di dunia.


Sesiapa yang ada maklumat lain yang dapat menyanggah komentar Yg Bhg Tun.. Sudi - sudilah kita berkongsi bersama....


Kita bukan nak Lawan Kita sekadar mencari kebenaran...


Semoga Allah Terus memberkati tanah tumpah darah ku ini...

My Blog List

Hidup Penuh Dengan Pengajaran

The ultimate measure of a man is not where he stands in moments of comfort, but where he stands at times of challenge and controversy.

'Martin Luther King, Jr.'

15|\/|4

15|\/|4
DHF - Supernatural

Harga Minyak Patut turun atau tidak?

Followers

Powered By Blogger